Sunday, January 3, 2010

Facebook Kampung Pimping Membakut Fan Club

Pimping Membakut Fan Club village is among popular Fan Club for group Pimping Membakut villager. His members join now is as many as 400 more people namely majaroti constitute Pimping 's villagers, Membakut people, Sipitang people and many more (including people semananjung).

What which include in this Fan Club are many on Pimping village 's activity, Hal current events in Pimping village, Gambar-gambar Pimping village location, Sejarah Pimping village and all kinds again.

To Kampung Pimping 's persons or birth which originated from Pimping village or those persons always visit in Pimping village, hoped join this Fan Club

http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/pages/Kampung-Pimping-Membakut/107327453022

Kampung Pimping Membakut Fan Club ialah antara Fan Club yang popular bagi kalangan orang kampung Pimping Membakut. Ahli-ahlinya yang join sekarang ini adalah seramai 400 lebih orang iaitu majaroti terdiri daripada orang-orang kampung Pimping , orang Membakut , orang Sipitang dan ramai lagi (termasuk orang semananjung).

Apa yang terkandung dalam Fan Club ini adalah banyak mengenai kegiatan kampung Pimping , Hal ehwal semasa di kampung Pimping , Gambar-gambar lokasi kampung Pimping , Sejarah kampung Pimping dan bermacam-macam lagi.

Kepada orang-orang Kampung Pimping atau keturunan yang berasal dari kampung Pimping ataupun orang-orang yang selalu berkunjung di kampung Pimping , diharap join Fan Club ini

http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/pages/Kampung-Pimping-Membakut/107327453022

Thursday, June 26, 2008

SEJARAH SEKOLAH MEMBAKUT II

SMK MEMBAKUT II is a 5th secondary school in Membakut district after SM ST PATRICK, SMK MEMBAKUT, SMK BONGAWAN and SMKA LIMAUAN, Kimanis. In Zon Binsulok area, SMKMembakut II is first secondary school built. This school located in Saga-Saga village area, Kg. Pimping Membakut.

Pads 5 January 2003, SMK MEMBAKUT II have enrolled his inaugural students from Form One students, form two and Form Three. This school started operating officially pads come off 6 January 2003 with teachers as many as number 19 people, and his first student number as many as 306 people. At that time, SMK MEMBAKUT II just operating by hitch a ride at two SK building block. Saga-Saga Pimping while waiting his real building ready built and approved by Education Ministry Malaysia and Sabah Education Department. As much as 9 classrooms teIah opened at that moment to place all the student.

In his operation's early stages, school activities administrative work and journey presided by En Nordin Bin Hj. Ag. Large as Pemangku Pengetua, Pn Faridah Binti Raimin as Pemangku Penolong Kanan 1, Mr Ag. Burn Ag Bin. Putah as Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid and En Azmi Abd. Ghani performs duty as Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Within February to June 2003, SMK MEMBAKUT II had received teachers as many as addition 5 people make bilangpn his teacher is increased to as many as 24 people has been accredited as pilot teachers SMK MEMBAKUT II. Staff Not Teach (KTBM) to the first reporting in this school was on 17 March 2003, namely Pn Fatimah Hj. Buntak. In other context, to ensure student discipline continuity continue to be controlled. Mr Shahzian Mumin has been designated as Discipline Teachers Chief at that moment. In student, Jummat younger brother Jaafar has been chosen as Pelajar SMK Membakut II Chief with aided by Zaiezeyana Yantie Zainal as Deputy Pengawas Chief 1 and Herman Duling as Deputy Pengawas II Chief. Pn Norliza Ismail on the other hand are teachers menginisiatifkan library establishment this school through Program Derma Buku organised.

Although is just aged no sampat young, however capacity and SMK MEMBAKUT II ability to step get off the ground already started appear. This school not only capable win a few series of contests in Membakut district level and Gabungan Beaufort, but able to reach in competition at state level and national. This is dynamic its SMK MEMBAKUT II ever known as SMK SAGA­SAGA.

In February 2003, PIBG SMK MEMBAKUT II sponsor 's team was constituted. This organization was presided by Mr.Arif Hj Bin. Ghani as President PTA. Body this is which many help school to achieve various programmes planned. Apart from that, in April 2003, school badge based on concepts philosophy 'Developed and Developing' have been inspired by En Nordin Hj. Ag Besar with given motto 'Building race civilization'. School badge who is also SMK MEMBAKUT II emblem have been designed by Mr AZmi Abd. Ghani.

ndeed, such young age does not prevent SMK MEMBAKUT II to be staying equally brilliant, stand equal glorious, running same famous with other schools be in this country, because ASAS NYA SUDAH TERBINA....

------------------------------------------------------------------------------------------------

SMK MEMBAKUT II merupakan sebuah sekolah menengah yang kelima di daerah Membakut selepas SM St. Patrick, SMK Membakut, SMK Bongawan dan SMKA Limauan, Kimanis. Dalam kawasan Zon Binsulok, SMKMembakut II adalah sekolah menengah pertama yang didirikan. Sekolah ini terletak di kawasan perkampungan Saga-Saga, Kg. Pimping Membakut.

Pads 5 Januari 2003, SMK Membakut II telah mendaftarkan pelajar-pelajar sulungnya dari kalangan pelajar TIngkatan Satu, Tingkatan Dua dan TIngkatan Tiga. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pads tanggal 6 Januari 2003 dengan bilangan guru seramai 19 orang, dan bilangan pelajar pertamanya seramai 306 orang. Pada waktu itu, SMK Membakut II hanya beroperasi dengan menumpang di dua blok bangunan SK. Saga-Saga Pimping sementara menunggu bangunannya yang sebenar siap dibina dan diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah. Sebanyak 9 buah kelas teIah dibuka pada ketika itu untuk menempatkan semua pelajar berkenaan.

Pada peringkat awal operasinya, urusan pentadbiran dan perjalanan aktiviti sekolah diketuai oleh En. Nordin Bin Hj. Ag. Besar selaku Pemangku Pengetua, Pn. Faridah Binti Raimin selaku Pemangku Penolong Kanan 1, En. Ag. Bakar Bin Ag. Putah selaku Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Azmi Abd. Ghani menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Dalam tempoh Februari hingga bulan Jun 2003, SMK Membakut II telah menerima tambahan guru seramai 5 orang menjadikan bilangpn gurunya bertambah kepada seramai 24 orang yang telah diiktiraf sebagai guru-guru perintis SMK Membakut II. Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) yang pertama melaporkan diri di sekolah ini ialah pada 17 Mac 2003, iaitu Pn. Fatimah Hj. Buntak. Dalam konteks yang lain, demi memastikan kelangsungan disiplin pelajar terus terkawal. En. Shahzian Mumin telah dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin pada ketika itu. Di pihak pelajar, adik Jummat Jaafar telah dipilih sebagai Ketua Pelajar SMK Membakut II dengan dibantu oleh Zaiezeyana Yantie Zainal sebagai Timbalan Ketua Pengawas 1 dan Herman Duling selaku Timbalan Ketua Pengawas II. Pn. Norliza Ismail pula adalah guru yang menginisiatifkan penubuhan perpustakaan sekolah ini melalui Program Derma Buku yang dianjurkan.

Walaupun baru berusia tidak sampat setahun jagung, namun keupayaan dan kemampuan SMK Membakut II untuk melangkah maju ke hadapan sudah mula tampak. Sekolah ini bukan sahaja mampu menjuarai beberapa siri pertandingan di peringkat daerah Membakut dan Gabungan Beaufort, tetapi berupaya sampai di pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. Inilah dinamiknya SMK Membakut II yang pernah dikenali sebagai SMK Saga­Saga.

Pada bulan Februari 2003, pasukan penaja PIBG SMK Membakut II telah ditubuhkan. Pertubuhan ini telah dipengerusikan oleh En.Arif Bin Hj. Ghani sebagai Yang DiPertua PIBG. Badan inilah yang banyak membantu sekolah untuk menjayakan pelbagai program yang dirancangkan. Selain itu, pada bulan April 2003, lencana sekolah yang berkonsepkan falsafah 'Maju dan Membangun' telah diilhamkan oleh En. Nordin Hj. Ag Besar dengan diberi motto 'Membina Tamadun Bangsa'. Lencana sekolah yang juga merupakan jata SMK Membakut II telah direka oleh En. AZmi Abd. Ghani.

Sesungguhnya, usia yang begitu muda tidak menghalang SMK Membakut II untuk duduk sama cemerlang, berdiri sama gemilang, berlari sama terbilang dengan sekolah-sekolah lain yang ada di negara ini, kerana ASASNYA SUDAH TERBINA....

SK.PG.JAYA KG PIMPING MEMBAKUT

Sekolah Kebangsaan Pengiran Jaya Pimping pada mulanya diberi nama SRK Kg. Pimping. Sekolah ini telah didirikan di tengah-tengah Kampung Pimping di atas tanah yang rata seluas 2.94 ekar. Ia mula didirikan pada tahun 1946. Boleh dikatakan sekolah ini didirikan dengan serba sederhana sahaja, kerana atapnya diperbuat daripada daun rumbia, tiang nibong dan dindingnya daripada pelapah rumbia, tidak berlantai hanya bermeja panjang. Didirikan hanya setakat dua buah bilik darjah menampung seramai 33 orang murid dengan dua orang guru.

Guru yang pertama sekali di sekolah ini ialah En. Abd. Wahid Osman dan En. Parman Hassan dan gaji mereka dibayar oleh Colony of North Borneo. Pengasas sekolah ini ialah seorang tokoh yang berpengaruh dan namanya memang terkenal di Kg. Pimping di ketika itu. Beliau ialah Tuan Haji Pengiran Jaya bin Pengiran Besar dan O.T Awang Piut bin Pengiran Sulaiman.

Semasa hendak mendirikan sekolah di kampung ini, tempat mendirikan atau tapaknya belum ada, dengan budi bicara yang ikhlas sekali lagi pengasas sekolah tersebut Tuan Hj. Pengiran Jaya bin Pg. Besar menghadiahkan sebidang tanah seluas 2.94 ekar N.T 5176 II. Tanah yang dihadiahkan oleh beliau ini telah dijadikan sebagai tapak bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Oleh yang demikian jasa-jasa yang beliau taburkan tidak sepatutnya dilupakan walaupun sampai bila-bila masa sekalipun. Memandangkan kepada jasa-jasa yang dicurahkan oleh beliau itu, maka Sekolah Rendah Kerajaan Kg. Pimping, Membakut pada dulunya telah diubah dan diberi nama SK. Pengiran Jaya Pimping Membakut pada 16 Januari 1982.

Pada masa itu, rumah untuk kediaman guru-guru belum ada, dan semua guru yang mengajar di sekolah ini, terpaksa menyewa rumah orang kampung. Pada tahun 1947 murid sekolah ini meningkat kepada 53 orang dan seterusnya pada tahun 1948 murid meningkat lagi sejumlah 110, sedangkan guru pada masa itu hanya dua orang saja belum bertambah lagi. Kerja-kerja menambah bangunan sekolah telah diusahakan dengan giatnya melalui gotong royong, dengan usaha yang gigih dari pengasas sekolah ini, maka guru yang mengajar pun ditambah kepada empat ornag dan bilik darjah meningkat kepada empat buah sehinggalah tahun 1951.

Pada tahun 1952 kerajaan pada masa itu telah mendirikan sebuah bilik darjah dan sebuah rumah guru jesteru pada tahun 1953 kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada tahun berikutnya kerajaan menambah lagi dua buah bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada awal tahun 1955 bilik darjah yang dibangunkan oleh kerajaan menjadi lima buah dan rumah guru menjadi lima buah. Pada tahun 1958 sebuah bilik darjah ditambah lalu meningkat kepada enam buah dengan pertambahan murid yang makin meningkat. Pada tahun itu murid sekolah ini meningkat kepada 172 orang dan guru meningkat kepada lima orang.

Dari tahun 1958 hinggalah ke tahun 1977 tidak ada pembangunan atau projek yang dilaksanakan di sekolah ini, tetapi jumlah murid makin meningkat dari tahun ke setahun. Dalam tahun 1977 rekod pertambahan murid mencapai ke 349 orang dengan guru yang mengajar seramai 14 orang. Pada tahun 1978 sebuah sekolah yang sangat kukuh (konkret) telah dibangunkan dengan kelengkapannya sekali yang mengandungi 8 buah bilik darjah selain daripada pejabat guru besar, pejabat dan stor , tandas guru-guru dan ktbm serta api dan air juga dibekalkan.

Pada ketika itu jumlah murid meningkat kepada 373 orang, dan terpaksa lagi menggunakan kelas dua sidang, kerana bilangan murid semakin meningkat. Pada tahun 1983 sebuah lagi bangunan sekolah yang serba lengkap dan moden telah didirikan untuk menggantikan bangunan yang lama setinggi 2 tingkat mengandungi 9 buah bilik termasuk bilik pusat sumber, bilik klinik pergigian, bilik sains dan bilik RTP, di samping beberapa buah stor juga dibuat. Kedua-dua bangunan yang konkrit ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Bank Dunia dan sekarang masalah kekurangan bilik darjah tidak timbul lagi.

Asal usul Kampung Pimping

Kg 's roots pimping is the beginning of Brunei persons ' arrival to previous Kg Pimping 's area this Kg Pimping 's name not yet exist exist anymore. According to written oral history and history on Kg Pimping, Brunei persons coming to this Pimping 's village was brought find concubine for Sultan and his kin. Apart from that, occurence of struggling taktha in Negara Brunei cause supporters defeated the escape and have settled here. What which became issue, this village name is from grass which is known as his name pin-pin or pimping often found this village in this Bruneian persons ' arrival time. Apart from that, were people who said this village name also of a bird pimping. Before this village occupied by Brunei persons, this village occupied by tribesman people kedazan. When this Brunei scarecrow already settled in this village and increasingly more who came when know safe place in lived and inhabited, they even name this village as Pimping village in conjunction with than grass pimping and bird pimping that.

How by boycott Pimping?.. yeah, this Pimping 's island actually exist and it is marine vessel stuck in river pimping that. This proven during pengorekkan river pimping this before, that Pimping 's island having many which wood are coated with land of that ship.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Asal-usul Kg pimping adalah bermulanya kedatangan orang-orang Brunei ke kawasan Kg Pimping yang sebelumnya nama Kg Pimping ini belum ada wujud lagi. Mengikut sejarah lisan dan sejarah bertulis mengenai Kg Pimping, orang-orang Brunei datang ke kampung Pimping ini adalah disebabkan mencari gundik untuk Sultan serta kerabatnya. Selain itu, berlakunya perebutan taktha di Negara Brunei menyebabkan pengikut-pengikut yang dikalahkan itu melarikan diri dan menetap di sini. Apa yang menjadi persoalan, nama kampung ini adalah daripada rumput yang dikenali namanya pin-pin ataupun pimping banyak terdapat kampung ini pada masa kedatangan orang-orang Brunei ini. Selain itu, ada yang mengatakan nama kampung ini juga daripada seekor burung pimping. Sebelum kampung ini diduduki oleh orang-orang Brunei, kampung ini diduduki oleh orang suku kaum kedazan. Apabila orang-orang Brunei ini sudah menetap di kampung ini dan semakin ramai yang datang apabila mengetahui tempat selamat di duduki dan didiami, mereka pun menamakan kampung ini sebagai kampung Pimping sempena daripada rumput pimping dan burung pimping tersebut.

Bagaimanakah dengan pulau Pimping?.. ya, pulau Pimping ini memang wujud dan ianya adalah kapal laut yang tersangkut di sungai pimping tersebut. Ini terbukti semasa pengorekkan sungai pimping ini dahulu, pulau Pimping tersebut mempunyai banyak kayu yang disaluti dengan tanah daripada kapal tersebut.